Up | Down

 

[Babi]

~ ~

Sebenarnya sudah agak lama tidak membaca akhbar harian yang balik-balik memaparkan isu-isu politik yang tidak kunjung sudah. Bosan dan kecewa. Itulah perkataan yang paling tepat setiap kali membaca akhbar semenjak  PRU 12 yang lalu. Bukan kerana parti pilihan kalah besar,itu resam politik, cuma perpecahan umat yang mensesakkan dada dan kepala.


Saya baru sahaja selesai membaca buku "Animal Farm" karya George Orwell sebuah karya satira yang memberi impak yang agak hebat terhadap saya dalam melihat arus politik semasa. Dalam novel ini; watak-watak seperti Napoleon, Snowball, Squealer dan Tuan Jones merupakan teraju utama keberkesanan novel ini. Napoleon dijulang-julang kerana kononya bisa mengangkat nasib babi-babi dan haiwan lain di 'Animal Farm', akhirnya menjadi petualang yang bersekongkol dengan umat manusia yang pada asalnya dipersetujui sebagai musuh utama.


Alkisah, kita dapat melihat dimana 'kebodohan, kedangkalan, ketidakwarasan' pemikiran haiwan-haiwan di "Animal Farm" yang hanya mengangguk, dan mengiakan; jauh sekali berani menggeleng kepala dan bersuara. Kalau ada pun, mati dicantas kepalanya oleh Napoleon, Squealer serta rakannya.


Pelik. Tapi benar. Dalam mencari yang "TERBAIK", terkadang kita menendang keluar yang pernah berjasa, melupakan titis keringat mereka, dan kononya mencari Utopia yang jelas sekali akan kekal menjadi sebuah Utopia semata-mata. Bodoh. Bodoh. Bodoh. Bodoh sungguh rasanya pada mereka yang mengharap pada yang bijak mengutarakan kata-kata, bercakap sampai bersembur air liurnya, dan bijak berjanji tapi mana pernah dikotai. Semua itu retorik semata.


Sultan dikeji, demonstrasi demi demonstrasi, hendak saman sana sini --- Yang jelas, mereka diperkuda. Dan terlalu bodoh untuk memilih menjadi kuda tunggangan politik keji.Tidak payah hendak melihat Napoleon, Squealer dan rakan-rakan mereka sekarang ini...


Nah, buka sahaja akhbar.




2 comments:

wA said...

"Ladang Binatang"...saya paling minat karakter kuda dan keldai jantan tersebut. Siapakah gerangannya mereka ya?

Moja Amin™ said...

wA,

Ahahahaha!
Terpulang kepada pembaca.
:)

Post a Comment