Up | Down

 
Showing posts with label PoesyPuisi. Show all posts
Showing posts with label PoesyPuisi. Show all posts

[Sedar]

~ ~


Tuhan,

Sudah cukup apa yang kau beri,

kerana aku tersipu segan sendiri.


Tuhan,

Terkadang ku sesali diri,

pada alpa,

pada dosa yang ku pejamkan mata.


Tapi ,


Tuhan,

Kau tak pernah lari,

apatah lagi membenci

kerana kau sentiasa ada disini dan masih memberi.


Tuhan,

Terima kasih atas peluang yang di beri,

kerana itu hadiah paling bererti.


Tuhan,

Terima kasih atas emansipasi diri,

kerana aku sudah bisa berdiri.


Tuhan,

Takbir ku,

Rukuk ku,

Sujud ku,

Hanya pada-Mu.


Tuhan,

Terima kasih atas rasa sedar ini.




[Soft&Hard]

~ ~



I want to be hard like rocks.

Each pressure turns myself into gem stones. It shall beautify & refine me. Rather than breaking me.


I want to be soft like plasticine.

Each step I fall down lending a hand to me. Shaping me. Rather than stopping me.




[Nur Kasih]

~ ~


Dalam perjalanan mencari Mu, kadang-kadang memang moral serta akidah bisa tersadung. Bisa melencong jauh dari lorong yang menuju Syurga. Ada jiwa bersih yang mahu bertemu Pencipta. Bukan niat mahu menatap wajah Neraka, tapi dalam usaha mengenal Diri, lorong-lorong sepi selalu aku lalui. Lorong yang berduri sampai terkadang hati yang beriman lemah ini terpalit tahi dan nista dunia. Biar moral ku terkehel, biar jalan ku tempang, biar tuturku tidak sesempurna mereka, akan ku cari Mu dalam setiap lorong dan setiap hela nafas dunia.




Tuhan,

Hambamu ini jauh dari sempurna. Tapi dalam pekat likat maksiat ada sinar yang mahu bertemu Mu dan dalam samarnya iman, ada aku.






[SabtuAhad]

~ ~


Semalam aku jumpa Fazura. Saja datang tengok dia borak-borak. Maya Karin pon ada sekali. Dua wanita seksi, seorang lelaki yang suam-suam kuku hensemnya. (aku lah tu)


Hari ni bangun pagi pukul sepuluh setengah. Subuh tergadai lagi. Mak telefon tanya nak duit lebih tak minggu ni? Rasa segan gila. Tapi aku mintak jugak lebih. Gila betul lah. Sebulan aku dapat around RM500, bila mintak lebih dapat lah aaround RM600. Apa aku buat dengan duit tu? Aku pon tak tahu. Macam air longkang je duit mengalir. Salahkan ekonomi dunia.


Aku innocent.


Semalam aku rasa down sikit. Tiba-tiba rasa nak ada gf. Gila bodoh punya rasa. Tapi bila bangun pagi ni, aku rasa "Hey. I'm just fine". Aku dah agak dah. Aku dah faham benar dengan hati aku, hangat-hangat tahi anjing je. Rasa gedik je lebih kadang-kadang. Nasib la sapa jadi gf aku nanti.


Semalam birthday kawan aku, Ban. Kalau aku nak taip pasal Ban, satu malam pon tak habis. Aku harap apa pun cita-cita dia, Allah makbulkan. Semoga dia bertemu dengan orang yang indah-indah, yang baik-baik. Bukan macam aku.


Sekarang pukul 1:35 pm. Aku baru baham seketul karipap IKEA yang aku angkut semalam. Dah minum secawan besar Milo. Main-main Facebook, sembang-sembang dengan Dila Raden atau Cik Durian. Aku terlepas tengok AKAR. Padahal dekat tasik Shah Alam je dorang buat. Tiba-tiba Cik Dila taip, "RANTAI insyallah pergi dan insyallah baca kau nak baca? aku pergi kasi nama kau kat akim nak tak?"


Oh. Sampai sekarang aku tersenyum.


Jadi tak jadi itu lain cerita. Tapi bila ada orang tanya macam ni, rasa bersyukur. Sebab dalam ribuan orang nak cuba naik pentas dan baca, Tuhan kasi aku peluang baca. Dan terima kasih Mak, kerana ajar aku baca waktu umur 4 tahun.



Terima kasih, Tuhan.





[Box]

~ ~


Dalam setiap kekeliruan,

dalam setiap bunyi detik saat jam dinding,

cinta aku tak pernah ada

cinta aku masih juga belum kunjung tiba

Kenapa? Mengapa? Dimana?

Balang kedap ini aku susun

cantik-cantik

kemas-kemas

Paling kurang, agar ada yang sudi datang menjengah,

dan memegang,

Walau enggan memiliki.




[Y.A]

~ ~

Okay. I've been anxiously waiting for Amir Muhammad's latest book; Yasmin Ahmad's Films. He posted an entry on his blog, calling for people to write sentences about any of Yasmin's films. May it be Rabun or Sepet, Mukhsin or Gubra, Muallaf or Talentime. And YES, I sent 2 sentences- profuse with hopefulness to be selected and printed.

These are my sentences;

Mukhsin: "Percintaan pertama itu adiktif bagai nikotin, indah bagai mimpi dan satu ilusi untuk semua manusia anuti."


Talentime: "A perfect chemistry. Sweet, soothing with just the right hint of mysticism. A subtly beautiful movie."

Cheesy, I know. But, I really hope one of these two will be included in the book. Why is this so important? Because I need some sense of accomplishment to keep myself going! :D



[Readings@Seksan]

~ ~




I'm happy. But I am nervous as hell.


[Mahasiswa,konon]

~ ~



Sesungguhnya aku malas amat untuk belajar.

aku mahu sesuatu yang lain,

bukan sekadar pergi kelas,

buat kerja rumah,

pegang tangan kekasih,

pergi tengok wayang,

balik kelas,

tidur,

mati.


Lepas tu obses nak dapat sijil anugerah tahi.

oh.karut.gila.babi.


Bosan. bosan. bosan.

pergi belajar dengan kehidupan lagi seronok.

tak ada pointer,

tak ada teacher,

cuma ada Tuhan, kau dan mereka.



Aku mahu keluar dari empat dinding kandang kelas yang sesak.

Sekian Terima Kasih.



[Tangerin & Nikotin]

~ ~

(sumpah event ni best!)

Ini Cik Mimi Morticia. Seksi lagi puitis.

Ini Jerome Kugan. Aku suka gila blog, lagu dan rambut dia!

Ini Cik Durian. Poem kau mantap!

Ini memang makhluk puitis paling asing. Adam Kasturi.

Berdating selama 2 minit 27 saat.






[Tangerin&Nikotin]

~ ~





Date:
Sunday, September 27, 2009
Time:
12:00pm - 1:00pm
Location:
The Annexe Gallery, Central Market Annexe
Street:
Jalan Hang Kasturi
City/Town:
Kuala Lumpur, Malaysia

Macam cokelat sifar-kalori Den-dang, Puisi Poket datang lagi! Kali ini dengan puisi2 erotomania oleh penyajak expat di Indonesia, Mimi Morticia.

Dan hanya untuk satu hari, dia akan melabuhkan sauh di Malaysia, untuk menandatangani naskhah yang pasti anda tak sabar-sabar mahu miliki!

PERSEMBAHAN:

Taf Teh
Vovin
Dila Raden
Adam Kasturi
Zulhabri
Ben
Shazet

Deskripsi:

Dan buat julung2 kali YANG MIMI MORTICIA akan membaca puisinya di khalayak!

Tawaran Pesanan Pra Pembelian.
---------------------------------------

50 naskhah pertama pra-pelancharan, akan dijual dengan harga murah murah murah RM10, beserta dengan tandatangan penulis.

Untuk membeli melalui pos, atau mahu ambil sendiri di hari pelancaran pada harga RM10, sila masukkan wang ke akaun berikut (untuk pembelian secara pos biasa tambah RM2, untuk pembelian pos laju tambah RM5):

nama: Abd Halim Lim Abdullah
Akauan Maybank: 114320052429

Buku kemungkinan besar akan siap dekat dengan hari pelancaran. Bila sudah siap, ia akan serta merta dihantar.

Harga semasa hari pelancharan dan seterusnya adalah RM15, jadi sediakan wang anda sebelum nasi menjadi bubur, cempedak menjadi nangka, ayam menjadi arnab, kambing menjadi lidi, dan awan menjadi hujan.



[Muhammad]

~ ~


(Muhammad, kami rindu)


Ya Muhammad,

terasa malu untuk menyebut namamu,

terasa hina untuk melafazkan kata cinta padamu.


Ya Muhammad,

Diri ini hanya satu dalam celahan hiruk-pikuk jutaan umatmu,

dalam dunia yang kian kuning,

dalam petang alam yang kian menjejak senja.

hati ini kerap berpaling ya Rasulullah.

hati ini acap kali terbolak-balik ya Rasulullah.

terkadang, terasa nun ke sum-sum tulangku bahwa ku cinta,

namun terkadang, diri ini terjatuh juga pada dosa dan noda.

masihkah aku umatmu,

Ya Muhammad?


Bila ajal menjemputku,

mampukah ku ingat semua pesanan-mu?

Bila marak mentari sejengkal diatas kepalaku,

mungkinkah kau tatap wajahku?

mungkinkah ya rasululah?

mungkinkah?


Rasulullah,

penat diri in cuba merindu,

cuba terkadang terasa kudrat hati dibatasi waktu,

namun Rasululah,

hanya satu rayuku,

jangan kau paling wajah muliamu dariku,

bila kita bersua disitu.



(Jumaat, April 24 2009)



[Main-Main Keji]

~ ~

(nah, pergi telan ubat taubat)


Main-main keji.

ah, seronok sekali.


Sinis berlapik senyuman,

kesumat bertutup tawa,

waspada kau, celaka.


Lihat sana,

eh, ada manusia!

mari perah rasa mereka biar binasa.

biar puas hati,

biar terbakar diri.


Main-main keji,

biar sampai tersedak duri dosa sendiri,

biar sampai tersembur darah rakan sendiri,

pun masih enggan mengerti.


Main-main keji,

mari tikam sana-sini,

biar sengsara semua agar ku tak sendiri.

Main-main keji,

sampai kau terlantar di katil mati sendiri.


Main-main keji,

jangan sampai marah,

atau akan ku perah sampai membarah.


(Suria Avenue Apartment, Selasa 1818)





[Namun, Muhammad]

~ ~

(Muhammad S.A.W, benar, aku rindu.)


Maafkanku, Muhammad,

terkadang hati terasa mati,

bila kemalasan menggigit sendi,

bila kedegilan merasuk urat nadi.


Maafkanku, Muhammad,

terkadang enteng ku pandang sunnahmu,

terkadang ku biar masjid tidak terkunjung,

terkadang ku biar Al-Quran itu berdebu,

terkadang ku biar hedonisme dan diri ini bersatu.


Maafkanku, Muhammad,

selalu sahaja terlupa pesananmu,

ku biarkan saja dosa menghinggapku,

dan ku telan saja nanah dosa perbuatanku.


Maafkanku, Muhammad,

andai diri ini,

bukan antara umat idamanmu,

andai diri ini,

acap kali bakhil mengingatimu,

andai diri ini,

jauh berbeda dari empat khalifahmu.


Namun, Muhammad,

walau kerap kaki ini tersadung,

walau imanku terkadang kudung,

Namun,

Selagi nafas ini tersambung,

Selagi itu lah, namamu ku junjung.





(12 RabiulAwal, Suria Apartment)