Up | Down

 

[ Mak ]

~ ~

Ahad, 3:51 Pagi.


Lee ni bukan jenis orang yang ingat tarikh, semua nya kena tulis dalam planner. Esok niat nak bangun awal-awal, call mak dan ucap "Selamat Hari Ibu", dan minta maaf mari mak kalau ada buat silap. Sebab Lee banyak dosa dan berterima kasih dengan Mak. Lee tahu Lee bukan anak yang baik dan Lee tahu mak ada harapan besar untuk Lee. Tapi dulu, Lee selalu hampakan perasaan mak waktu dulu.


Awal-awal Lee lahir, dah susahkan mak.

Mak kena buat Caesarean section, maknanya doktor belah perut mak untuk lahirkan anak mak yang seorang ni. Tapi mak tak pernah merungut. Mesti sakit kan mak?


Mak ingat waktu Lee tadika?

Mak tunggu Lee dari awal sampai habis kelas. Mak kayuh basikal tiap-tiap hari untuk ambil Lee kat tadika. Mak ingat waktu keluarga kita kena halau dari rumah mak sendiri? Lee tak buat apa-apa, sebab Lee kecil lagi. Mak tak masuk universiti macam mak orang lain. Mak tak pandai cakap bahasa inggeris tapi Lee tahu, mak tak nak anak-anak mak hidup susah macam mak dulu. Mak usaha supaya anak mak sama pandai dengan anak orang lain. Mak berjaya. :)


Mak ingat waktu Lee tingkatan 5?

Mak dari jauh bawak Tom Yam kegemaran Lee ke tempat Lee belajar. Apa Lee buat? Lee tak sentuh pun apa yang mak bawak. Lee tak sentuh langsung, sebab Lee marah Mak tak benarkan Lee jadi pilot. Lee terus balik hostel, tak salam dengan mak. Kak Long cakap Mak menangis dalam kereta sebab sedih. Lee berdosa, mak. Mak saja mampu ampunkan dosa Lee.


Lee ingat waktu Mak masuk bilik Lee sebab Mak ingat Lee dah tidur. Mak cium dahi Lee. Mak kata mak ampunkan Lee. Mak usap lembut kepala Lee dan doa pada Allah yang Lee diberikan yang baik-baik dalam hidup. Lepas Mak keluar, Lee menangis sorang-sorang.


Sekarang, Lee dah sedar mak. Walaupun xmungkin mampu nak balas budi baik Mak selama ni, Lee dah tak nak buat mak kecewa tapi Lee nak mak rasa bangga dengan Lee satu hari nanti.InsyaAllah.


Lee sayang mak.

Mohamad Zulfadli bin Mohd Amin.

[ PakCik Freud ]

~ ~
( via Mizan's "Silent Verve" )

Love // Fear // Admit //Affection // Kills
Ouch. Menusuk kata2 Pakcik Freud ni!

[ Robin Sharma ]

~ ~

Shooooooooooooooot!
Robin Sharma is in Kuala Lumpur! And yes, I shall pass this opportunity because I apparently I have no RM 2000- RM3000 in my pocket to pay for the ticket. I can't wait to have a steady career and hopefully he will come by to Malaysia again soon. I will definitely go!!

He's totally an awesome & inspiring man.
Good luck for your presentation tomorrow. :)