Up | Down

 

[IbukuTidakPandai]

~ ~

Ibuku Tidak Pandai
(ma, aku rindu)

Ibuku tidak pandai
Menghantar mesej ringkas
Setiap yang dikirim
Bisu yang berbalas

Ibuku tidak pandai
Meneka mana Eropah
Cuma di benaknya
Mahu ke Mekah

Ibuku tidak pandai
Menghadap teknologi
Hari ini ia belajar
Esok diajar lagi

Ibuku tidak pandai
Memakai baju mahal
Ke mana jua pergi
Kurung tak ditinggal

Ibuku tidak pandai
Mengerah amarah
Tapi tajam jelingnya
Buat kami bersalah

Ibuku tidak pandai
Berbicara syahdu
Hanya tutur mata
Meluahkan rindu

11 Mei 2008 (8.00 am)
King’s College London
Lakaran Ilham Mohd Waqiyuddin Abdullah

6 comments:

Anonymous said...

Same with my mother la...

except my mother melepaskan rindu ngan bebelan "ko dah gemok!!"

.................

Anonymous said...

Safwan,

Anak makin gemok tu maknenye makan xde masalah, cukup makan. Alhamdulillah.

I just Love this poem. :P

Anonymous said...

did you copy this from shaine ali pnya blog?


Ibuku tidak pandai
Mengerah amarah
Tapi tajam jelingnya
Buat kami bersalah

hoho. mmg b'slh gila. rs xtenteram jiwa klu sy bt slh n ketahuan oleh mamaku.

Anonymous said...

Shaine Ali? Actually the writer is Mohd Waqiyuddin Abdullah tuh..I added the footnote kan bawah poem tuh?

Hehehe.
Visit him here:
http://mohdwaqiyuddin.blogspot.com/

Anonymous said...

wah...

poem ini buat saye homesick :(

Anonymous said...

Wanie,

Yeah! Best kan. Click on the above link to be direcected to the poet. :P

Post a Comment