Up | Down

 

[Cinta]

~ ~

(i)
Cinta.
Bukan sekadar seperti yang diwayang.
Semuanya indah
dan yang lain semuanya bisa kalah.

(ii)
Cinta.
Ia singgah lagi.
Tapi bisakah kau singgah hingga ku mati?
Bisakah kau lunakkan hati ini,
Yang entah sampai kapan bisa berdegup
Yang bisa buat ku berdiri.

(iii)
Cinta
Ilusinya ada aku
Cinta
Fantasinya ada engkau
Cinta,
Bicaranya jujur
Cinta,
Katanya dusta.
Cinta,
Disini letak pahala.
Cinta,
Disana bertaburan dosa.

(iv)
Kau mencabar kewarasan akalku,
Kau membuat hati tak keruan,
Kau.
Ya, engkau.
Hebat sungguh engkau.
Cinta.

(v)
Cinta.
Alangkah seronoknya.
Bila bisa dicintai.
Alangkah seronoknya,
Bila bisa mencintai.

Dosa dalam palsunya pahala,
Rela dalam ingkar,
Bahagia dalam sengsara.

Cinta.Cinta.Cinta.
Aku teruja!

[Suria Apartment, 10:29 p.m]

18 comments:

Anonymous said...

kadang kadang kita tak dapat nak predict apa sebenarnya cinta.. mungkin apa yang kita lihat pada zahirnya cinta itu indah.. tapi pada masa kini sukar untuk menghayati cinta tanpa ada sesuatu untuk dimiliki... cinta kini bukan hanya pada jiwa tapi juga pada harta... kepercayaan kadang kala jadi pudar hanya kerana satu punca yang tidak dijangka atau disengaja... usah payah memikirkan cinta andaikata kita belum bersedia memiliki cinta yang hakiki

Anonymous said...

bestnya,bestnya,bestnya!:)

i think i really should create a post "safwan dan moja : mencari cinta" sekarang.
serious! :D

Anonymous said...

Irma,

Hahahaha! I'm not THAT desperate owkeh?!
Hahahaha!

Tunggu laa lepas grad.. Kawen trus, buat sementara neyh, xde dwet nak sara anak bini..
Hahahahaha. kiddin'

:P

Anonymous said...

hahaha. :D
nk buat jgk. nk bt jgk. :p
ala,org xckp mencari cinta apa. mbe mencari cinta abadi.
naah,kantoi! nk gf. hahaha. :D

Anonymous said...

Hamz,

Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat dan itu yang saya cari. Semoga Allah kurniakan sesorang yang saya PERLU bukan yang saya MAHU.Saya mendambakan cinta suci yang terjaga kerana cinta Allah tidak ternilai harganya.

"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"

Tapi umur baru 21. Sebab tu saya tulis poem(?) kat atas tu. Saya tak mencari, saya menasihati diri je yang kadang kadang terfikir pasal Cinta. :)

Anonymous said...

Irma,

Hahaha. Bukan nak gf. Teringin TAPI terlampau banyak syarat dan dugaan nya. Takut tak mampu. n takut lalai. Bukannya susah nak cari gf. (cewwah).

Nak jaga hati supaya tak berpaling dari Allah yang susah. :P

Anonymous said...

wah... moja jiwang...
tp sedap... suke..

Anonymous said...

tajul tu ape kurang nye jiwang..
tapi x penah nak post je kat blog die..
hahaha :p

Anonymous said...

Tajuludin,

Jiwang satu kemestian encik Tajul!
Time kaseyyyh!

Hahahahaha :P

Anonymous said...

Aimi,

Hahahaha!
Kantoi Tajul jiwang!
Hahahaha!

;)

Anonymous said...

jiwang plak kawan ak sorg nie..
adakalanya terlebih jiwang..
adakah kerana...???
ataupun keran...???
oh mungkin kerana....???

(garu2 kepala!)

Anonymous said...

nak kene cari buku cara2 nak pikat gadis nih...

mandi bunga ke ape ke....

haish....

Anonymous said...

Afshad,

Hahahaha. Kerana? Kerana?

Kerana Dia... Alhamdulillah.
Hahahaha.
:P

Anonymous said...

Safwan,

Kui3..
Tu laa.. cari bomoh siam ke.. Indon ke..
xpown masuk agensi cri jodoh.

Hahahahaha. ;)

Anonymous said...

ehem2...skit2 psl cinta...jiwangs!!
tp i agree with hamzani..if kite xbersedia utk memiliki..jgn difikirkan..
tp kadang2..d'saat kite xbersedia itula ia hadir??

moja,best la post nih...
tp sori la bebeh,aq geli part Aku teruja!....LOL

Anonymous said...

Liyana,

Hahaha. TQ2. Sebenarnya xnak fikir. Tapi kadang-kadang terfikir. Dan gatal untuk berfikir kerana terlampau rajin untuk berfikir.

Aku teruja!
hahaha. Ak pown xtau nape aku tulis. Hormone race kot.Bunyi macam lucah pown ada. Isk.

Hahahaha!
;)

Anonymous said...

ohhhh,bile la aku nak terer buat poem psl cinta mcm ko ni?hihi,anyway,sedap poem ni ;)

Anonymous said...

Mysourha,

terer? Thanks. But aku xrase terer pown.
Rase nak channel my feelings.

Tulis dari hati!

Thanks!

Post a Comment