Up | Down

 

[Tuhan, Ajarkanlah]

~ ~

(agar warasnya akal mengatasi mahunya jiwa)


Tuhan,
ajar diriku untuk merasa,
walau ku tahu dunia itu sementara,

Tuhan,
ajar diriku untuk berdiri,
agar ku tahu untuk berlari.

Tuhan,
ajar diriku untuk mengenal diriMu
agar ku kenal siapa sebenarnya manusia.

Tuhan,
ajar diriku untuk merasa sepi,
supaya diri tidak lagi menangis sendiri.

Tuhan,
ajar diriku erti mencukupi,
agar hanya Mu lengkap sudah hidupku ini.

Tuhan,
Tuhan,
Tuhan,
Bila Rasa ini mula mengetuk kalbu,
izinkan aku berlari sekali lagi kedakap Mu.
Sesungguhnya izinkan Kau menjadi segala yang bererti, segala yang mencukupi,
agar lebur luluh rasa rindu ini.



4 comments:

HaMz said...

nak jadikan post ni sebagai sumber leh

nashrah said...

sedih bile bace ni cuz terigt Makkah and Madinah. He loves us more than we know. :)

Moja Amin™ said...

Hamz,

Sumber?
Sumber ape? Tapi, boleh, boleh.

Moja Amin™ said...

Nashrah,

Owh. Dua kali sedih la saya. Isk.
Nak pergi Mekah Madinah.
:(

Post a Comment