Hari ini dalam sejarah. Hari ini rasanya hari yang paling banyak saya berfikir tentang Malaysia. Dalam kemelut global economic slowdown ini, ramai pekerja sudah diberhentikan kerja. Beribu-ribu. Malah, mengikut apa yang saya baca di MPH (tak mampu beli), TIME magazine, kemelesetan pada tahun 2009 ini hanya lah pembuka tirai bagi bencana ekonomi yang lebih besar. Tapi mentaliti rakyat Malaysia, seperti mantan perdana menterinya, "tak pa lah". Rata-rata berfikiran bahawa jika masalah kemelesetan sekitar tahun 90-an dulu dapat diselesaikan, masakan sekarang tidak boleh? Ada sesetengah mahasiswa pula, langsung tak ambil pusing. Yang tahu, pergi kelas, balik kelas, dating, makan, tengok movie, shopping. Solat pun tidak. Kadang-kadang rasa penat melihat kedangkalan segelintir rakyat Malaysia. Bila dicadangkan perihal universiti bukan saja untuk bumiputera, nah berarak marah disini sana. Bila bab politik, nah, semangat mengalahkan satria. Bila dikutuk agamanya, melenting bagai nak gila. Tapi bila senang, sejadah entah ke mana, semangat pun dilupa.
Kadang-kadang yang dangkal itu kita, bukan mereka.
4 comments:
betul,
org kita (saya jugak kdg2) hanya ckp di mulut...
tp x buat pun...
hina sgguh hambaMu ini...
thanks for your reminder en moja!
Zawani,
Saya pun terkadang lupa, biasalah, fitrah manusia.
you're highly welcome!
:)
Bila sempurna agama, sempurnalah segala.
Bila agama dilupa, semua huru hara.
Semua kejar dunia, Iman ambil sambil lewa.
Our country has arrived to the stage where Din has become just another part of life or the last resort. Whereas, without Din being the main priority, life is not life at all.
(tau tak susah nak buat bagi ayat kat atas tu rhyming. so I'm going to applaud for myself. hehehe)
Azie,
Ahahahaha. suah nak kasi rhyme? hahahaha
But you're right tho!
It's about time to get the country back on track again.
:)
Post a Comment