2 weeks ago
[Mencari]
Mencarimu Ya Allah,
Disetiap baris wahyu Quran Mu,
Dalam seribu kepayahan waktu,
Dalam setiap langkah-langkah ku.
Mencarimu Ya Allah,
Disetiap ceruk dunia ciptaan Mu,
Disetiap iktidal, rukuk dan sujudku,
Disetiap urat nadi jua sendi ku,
Dalam tawa dan juga sendu ku.
Mencarimu Ya Allah,
Dikala keluarga meninggalkan ku,
Dikala kawan tidak lagi membantu,
Dikala kasih tidak lagi bersatu.
Mencarimu Ya Allah,
Bila Izrail mulai memburu,
Bila keringat menuruni dahiku,
Bila dikerongkong tibanya rohku.
Mencarimu Ya Allah,
Cuma kerana ku pasti,
Solatku,
Hidupku,
Matiku,
Hanya untuk Kau yang satu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
jangan terlalu mencari nati tertinggal dan terlupa. ;)
Irma,
Aehahaha. Baik! :P
Post a Comment