Up | Down

 

[AnektodBudakKampung]

~ ~


Anektod Budak Kampung 1: Ulu Kenderong, Tok Rasdi dan Lembu


Saya masih ingat bila saya menetap di kampung kelahiran Emak saya, Kampung Ulu Kenderong di Gerik, Perak. Saya tinggal dirumah papan bercampur simen warisan arwah datuk saya Allahyarham Rasdi yang saya tidak pernah sempat melihat wajahnya. Gambarnya juga tiada. Penduduk kampung memang kenal benar akan Datuk saya. “Oh, mu cucu Tok Rasdi ko? Beso dah cucu dio ni ha, ado muko dio sikit-sikit” kata warga-warga tua dikampung yang terlopong bila melihat saya. Terkenal dengan ketegasan dan kegarangannya, Tok Rasdi adalah ketua kampung yang amat disegani. Tok Rasdi, cucu mu bangga akan mu! Semoga roh-mu dicucuri rahmat.


Saya rindukan suasana kampung yang begitu mendamaikan. Dengan tahi lembu berterabur diatas jalanraya, itu tidak pernah menjadi masalah kepada penduduknya. Kelibat kambing dan lembu mudah dilihat merata-rata. Ayam daan itik pula tak usah dikira banyaknya. Jika anda bernasib baik, keluarga babi hutan melintas boleh dilihat juga.


Lembu ada tanduk! Lembu ada tanduk! Lariii!” teriak kami apabila melihat kelibat lembu jantan yang gagah perkasa dan kelihatan bisa menanduk, memijak, melenyek dan meratah kami hidup-hidup.


Saya benci akan lembu dahulu. Terutamanya yang mempunyai tanduk dan kelihatan besar dan garang. Orang tua-tua kata, jangan pakai baju berwarna merah, risau kalau ditanduk. Jadi, bila saya dan kawan-kawan pulang dari bermain disungai, saya akan menyelit dicelah rakan-rakan, walaupun tidak memakai baju merah. Kadang-kadang saya dan membaling batu kearah lembu-lembu yang tidak berdosa, tanda protes atas kehadirannya. Hakikatnya, lembu itu tidak pernah menanduk sesiapa. Kasihan lembu. Maafkan saya lembu jika lebam dan sakit badanmu. Tapi mungkin anda telah menjadi korban AidilAdha dikampungku. Berkorban untuk manusia. Sungguh mulia dari diriku, manusia yang hina. 



 


 


Anektod Budak Kampung 2: Sungai, Ular dan itu Tahi


Rumah tinggalan arwah Tok Rasdi terdapat sebatang sungai dibelakangnya. Jaraknya seperlaung cuma dari dapur emak saya menyediakan masakan setiap hari. Di sungai itulah saya dan sepupu-sepupu yang sebaya bermain dan berendam sehingga demam dibuatnya. Pada satu hari, tandas yang saya panggil jamban dirumah rosak. Jadi, emak menyuruh saya melepaskan sahaja hajatku disungai itu. Saya tidak suka bila disuruh kesungai kerana saya risau dilihat orang dan juga kerana kadang-kadang sedang enak kami bermandi–manda, kelihatan benda asing berwarna kuning terapung-apung dari hulu sungai. Ya, itu tahi. Berlari-lari kami naik ke darat kerana kegelian sambil menyumpah seranah sesiapa yang bertanggungjawab atas ‘pencemaran’ itu. Menyambung kembali misi melepaskan hajat, saya terpaksa meredah semak sambil melaung kearah emak yang berjanji untuk melihat saya dari jauh.


Mak, tengok laa Lee. Takut ada babi!” teriakku yang berhenti seketika ditengah-tengah semak untuk memastikan ibuku sentiasa melihat. Tiba-tiba saya terasa sesuatu sedang bergerak dikaki saya. Alangkah terkejutnya bila melihat seekor ular kecil sedang berada tepat di buku lali saya dan lidahnya yang bercabang itu jelas kelihatan terjelir-jelir.  Mak, ulaaaaarr!” saya menjerit dan memecut berlari kembali kerumah. Kerana hakikatnya, besar atau kecil, ular tetap ular. Menurut emak, saya demam beberapa hari dan hanya melepaskan hajat keesokan harinya.


 Mungkin ular itu hanya ingin berkawan.

18 comments:

irma-ain ibrahim said...

so,siyes ni your story?
best2.
my hometown jgk ada sungai yg jernih lgi.
wit rumah berbentuk istana klasik.
but poor thing is,jarang balik after my grandparents passed away.

moja said...

Hahaha..
Why? You think I don't have such childhood days ke?
Hehehe..
susah mo main sungai skang..
sume kotor

irma-ain ibrahim said...

nope.
ur story sounds perfect. agak r. ;)
umah mmy late granny bersih agi.
cuma ada en biawak..............:s

so,i called u le lah. haha
n u takut ular? haha. :D

safwan said...

kampung aku horror dow...
sungai takde..
kubur je ade...

insaf nak mampos aku balik kg time raye2...

moja said...

Irma,
Aehahaha.. Reminiscence those good memories je and try to write in BM! Muehehe.

I went phobia to reptiles after that. Seriously. I never held snakes in my life! And don't want to. :P

Hehehe..

moja said...

Safwan,
Hehehe.. Skali skala tgok kubur..Ok laa tu. Hhehehe

Liyana said...

U'r so lucky dude...I don't have a kampung!!

Born and bred in Shah Alam maaa..sob sob

Aq tergelak part,"Ya,itu tahi".

moja said...

Liyana,
aehahaha..born and bred in S.Alam also OK!
Hehehe..

:P

Azie said...

sorok belakang orang walaupun tak pakai baju merah.
HAHAHAHAHA.

moja said...

Azie,

Hehehehe. Lembu= Musuh zaman kanak-kanak.
:P

iammuslimah said...

oh.. kampungku... hehehe

moja said...

Farhana,
Kampung mu, kampung ku jua!
muehehehe!

:)

yaty said...

dan aku org yg bertempiaran msuk dlm umh jiran
cus kne kejar ngan kerbau
huuuu~

moja said...

Yaty,
kerbau?! Pergh.. Lagi laa brutal. Mesti jiran ko terkejut tgok tetamu yang meredah masuk umah orang! Hahahaha.
:)

yaty said...

musty la
zmn hingusan ak heaven abes
parit,swh,lumpur,pasir,tangguk ikn sume ak msuk
waaa
merindui~

moja said...

Yaty,

Ahahahaha...Betol2, best btol.
Kadang2 kesian aku tgok budak skarang. Kecik2 da depan PS or Xbox. Buhsan.

Hahahaha

irma-ain ibrahim said...

yupp moja.
kesian bebudak skrg. :D
sometimes ingat time2 ikut my bro.
main tembak2 ngan ada sejenis buah ni.
xtau la bhsa surat apa namanya.
but in dialek kelantan,buah pe'na. sakit woo...

kutip biji getah,main ikan laga. n plg best,main mercun ketupat n bola yg masih diteruskan smpai skrg!:p

moja said...

Irma,

Owhh... Buah cederai! Sakit wooo hinggap kat badan.. Hehehehe..

Best waktu kecik.. Rindoo..
:(

Post a Comment