Up | Down

 

[DuaPuluhTiga]

~ ~



Beberapa hari lepas.


Saya berjalan di tengah kota Kuala Lumpur. Hiruk-pikuk kota yang amat merimaskan. Panasnya usah digambar. Namun itu bukan alasan pada hati kami yang mencari tujuan.


Umur memanjat angka dua puluh tiga tahun ini. DUA PULUH TIGA. Tuhan berikan segala macam nikmat yang maha hebat. Aku rasa rendah diri dengan pencapaian diri. Tapi hari ini, aku dan rakan-rakan diam-diam pasang niat dalam-dalam. Panas kami redah, lorong hanyir kami susur, namun aku pasti ada sesuatu yang bermakna menanti di balik susahnya perjalanan dan renyah kerenah manusia ini.


"Nah, ini hadiah kepada yang mencari!" mungkin itu yang Tuhan bisa bisik di hatiku.


Sayu mata memandang. Mata mula berkaca-kaca, bila melihat senyum girang tawa mu. Kini aku tahu, sebahagian hidupku, adalah untuk mu.


Tuhan,

Berikan kami kekuatan memperbaiki dia serta diri ini kerana kami tahu kau adalah Tuhan yang bisa membolak-balik kan keping hati ini. Permudahkan urusan ini dan pertahankan rasa cinta ini, agar ia tak terbiar tak kesampaian.




0 comments:

Post a Comment