Up | Down

 

[SayaBukanKamu]

~ ~
Maaf.
Maafkan saya,
Saya bukan kamu.
 
Saya bukan seekor anjing demokrasi,
mahupun ekstremis di negara sendiri.
Di Malaysia, Di tanah yang serba boleh,
menjadi seorang yang taksub merupakan amalan biasa,
jika dacing didarahmu,
dacinglah hingga keakhirnya.
jika bulan bersinar dimalammu,
merindu bulan bagaikan pungguklah akhirnya kamu.
 
Tidak,
kamu tidak hiraukan bangkai membusuk yang ditimbang dacing, 
kamu tidak hiraukan bangkai membusuk dilindung bulan,
asalkan cantik dacing dan bulan dimatamu,
asalkan harum menusuk hidungmu,
Itu sudah cukup untuk mengukir senyum diwajahmu. 
 
Ini bumi yang kita pijak,
Ini langit yang kita junjung,
namun kita jauh berbeza, cuma kerana,
timbangan dan sinaran.
 
Maafkan saya,
Saya Bukan Kamu. 
 
question-mark.png

0 comments:

Post a Comment