Up | Down

 

[Jews/Zionists]

~ ~

219566403_ac94ac79b8


Dalam keghairahan umat Islam (dan juga bukan Islam) di Malaysia berdemonstrasi dan melakukan pelbagai rapat umum serta kempen untuk menyelamatkan Palestin, saya lihat ada sesuatu yang tidak kena dan bermain di medulla oblongata saya. Dan akhirnya bila terkena pada batang hidung sendiri, rasa mula ingin mengukuhkan hujah serta memberi sedikit maklumat di sini.


Situasi: Saya meletakkan gambar seorang Yahudi anti-zionis orthodox yang berdemonstrasi di Trafalgar Square, London sebagai ‘display picture’ pada paparan Yahoo Messenger sejak tercetusnya perang dan ‘occupation’ pergerakan Zionis masuk ke dalam Semenanjung Gaza. Dan beberapa reaksi negatif mulai muncul.





Dia: Weh, xde gambar lain ke nak letak? Tu Jew kan? Sheesh.
Saya: Yeps. He's a Jew, but he's against the occupation, though.
Dia: Yahudi tetap Yahudi.
Saya: Tahu apa itu Satmar? Neturei Karta?
Dia: Tak. Ape tuh?
Saya: Sila buat homework, ya? Cuma 'google' saja.

 


Dalam kelantangan kita membenci pencerobohan tentera Israel yang menabrak Semenanjung Gaza, saya rasa sebahagian dari kita lupa justifikasi keadilan yang sememangnya terpahat didada Al-Quran. Slogan yang biasa kita dengar; Jahanam Yahudi! Yahudi Laknatullah! bergema disetiap kempen, demonstrasi, rapat umum, dan sebagainya. Namun;


1.     Yahudi adalah nama satu bangsa, dan agama monotheism yang berdoktrinkan atau berpercayakan satu tuhan. Manakala, Zionis adalah satu pergerakan POLITIK Yahudi yang menghalalkan pencerobohan ke atas tanah rakyat Palestin.


2.     Bukan semua Yahudi menyokong pergerakan Zionism; contohnya Satmar dan Neturei Karta yang jelas lagi bersuluh menentang pertumpahan darah di Semenanjung Gaza. Mereka percaya bahawa gerakan ini sama sekali bertentangan dengan apa yang tertulis dalam kitab Torah. (Wikipedia: Satmar, Neturei Karta)


Kesimpulannya, menggolongkan bangsa Yahudi itu sebagai sama dengan pergerakan Zionis sangatlah tidak adil. Namun kadang-kadang kita lupa, cepat melatah dan bertindak membabi-buta tanpa membuat sebarang pembacaan terhadap isu ini. Bercakap dan bertindak mesti berdasarkan bukti, bukan ikut hati. Jangan disebabkan kedangkalan diri, membiarkan agama kita dicemuh nanti. 





p/s: Bayangkan anda seorang yahudi yang menentang gerakan Zionis, tapi masyarakat menglabelkan anda sebagai pembunuh yang melakukan ‘genocide’. Apa perasaan anda?


p/ss: Saya bukan seorang liberalis. Sebarang ketidakpuasan hati, amat dialu-alu kan.


 

19 comments:

Anonymous said...

Bravo!
alhamdulillah :)

Anonymous said...

betol2...
dalam setandan pisang, x semuanya busuk...

Anonymous said...

moja, i dont know if this is true..
tapi ustazah saye pernah cakap..
dlm Quran cakap..org2 yahudi memang takkan tunduk kepada agama islam. camne tu?

Anonymous said...

almost gave me a heart attack..

yeeesh~

Anonymous said...

Val,

Yes, Very true indeed!

Anonymous said...

Azie,

Thank You.
Alhamdulillah!

:D

Anonymous said...

Tatie,


“Daripada Abu Sa’eed radhiyallaahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Pasti benar kamu nanti akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan tatkala mereka itu masuk ke lubang biawak dhabb sekali pun, pasti kamu akan mengikut mereka”. Kami bertanya, “Ya Rasulullah, apakah (umat terdahulu) yang engkau maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab, “kalau bukan mereka, siapa lagi?” [Hadith riwayat al-Bukhari (3269) dan Muslim (2669)

Ya. Memang betul tu. Sejarah menunjukkan bahawa kaum Yahudi ini, memang terkenal dengan sifat talam dua mukanya. Sifat berjaga-jaga itu amat perlu, kerana mereka juga adalah antara penyumbang kepada kejatuhan Turki Othamaniyyah pada zaman dahulu, walaupun mereka (Yahudi Donme) diberikan perlindungan dari kerajaan Turki semasa pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus.

Tetapi. Kaum Yahudi, tidak semuanya terpesong dari paksi kitab Taurat dan Talmud mereka. Dan golongan Al-Quran terang-terang menggelarkan mereka sebagai 'ahli-kitab' termasuk penganut Kristian. Kita dibenarkan memakan daging sembelihan mereka, dan mengkahwini mereka.

Pada pandangan saya, masih ada sebahagian ahli kitab yang masih tinggi rasa kemanusiaannya sekarang ini. Tapi, berhati-hati itu sesuatu yang mesti.

:)

Anonymous said...

Solitary Ace,

Haaa...
Nasib baik!

Anonymous said...

ya, ive read once mase tgh rajen3 (sbb dulu aku cam agak teringat sabra-shatilla) and there's one article saying tht its not the jews, but the zionis ppl who actually r so anti palestine. but then, aku cam terfikir, mabbe these jews depa dok disagree bukan for the sake of agama or defending palestine, but more towards humanity. Tah? kot la..

kot la.

*tgh laloks sbb taleh tido*

:)

Anonymous said...

we share the same view la.

Anonymous said...

btul2. i think kan its like us muslims. some of us are unfortunately terrorists, but not all of us. but most of the ppl in the world who don't get their facts right think we are just the same when we are not. camtu kan kan?

Anonymous said...

dengar kata, kalau masih hidup lagi seorang ahli kitab yahudi yg betul2 berpegang teguh dgn kitab tauratnya, kita ( muslims ) boleh kahwin dia without having them to convert to islam.
taurat tu memang kena yang original dari ALLAH la tapi, bukan yg dah di versi ini edition sana

Anonymous said...

finally!!!
glad that ur not narrow minded..whewww!
tetibe teringat dr.hanim berkata dlm kelas beberapa hari lalu pasal bende nih..
'Please don't be narrow minded!'
or kata2 mdm Azura..'I have Jew friends!'

Anonymous said...

Syud,

Hahaha. Macam2 jenis orang, kan?
But as for Jewish ppl, kena sentiasa berhati-hati, tapi jangan sampai mati hati!

:D

Anonymous said...

Helmi,

Owh. glad to hear that!!

Anonymous said...

Jane,

YES.
So true.
Golongan ahli kitab/ Yahudi Orthodox.
:)

Anonymous said...

Nashrah,

Hahaha! Betul, Nashrah betul!
It's not really nice to 'label' people aaround, right?

Selamat Mengerjakan Umrah!

Anonymous said...

Liyana,

Yes.
We have to consider whatever things that need to be considered and beware not to 'open' our mind until our brain fall out. hahaha!

:)

Anonymous said...

Very well written moja. It was like after the incident of 9/11, Muslims have been dubbed as terrorists and particularly Islam as a religion that promotes terrorism. Let's pray that the Gaza strip will return to peace with His divine intervention.

Post a Comment