Up | Down

 

[Métier]

~ ~





[Nur Kasih]

~ ~


Dalam perjalanan mencari Mu, kadang-kadang memang moral serta akidah bisa tersadung. Bisa melencong jauh dari lorong yang menuju Syurga. Ada jiwa bersih yang mahu bertemu Pencipta. Bukan niat mahu menatap wajah Neraka, tapi dalam usaha mengenal Diri, lorong-lorong sepi selalu aku lalui. Lorong yang berduri sampai terkadang hati yang beriman lemah ini terpalit tahi dan nista dunia. Biar moral ku terkehel, biar jalan ku tempang, biar tuturku tidak sesempurna mereka, akan ku cari Mu dalam setiap lorong dan setiap hela nafas dunia.




Tuhan,

Hambamu ini jauh dari sempurna. Tapi dalam pekat likat maksiat ada sinar yang mahu bertemu Mu dan dalam samarnya iman, ada aku.






[EsokRaya lah!]

~ ~

Sekarang ni nak blog dalam bahasa Malaysia je lah. Rasa lagi senang nak fikir, senang nak taip. Bila rasa poyo, aku tulis dalam BI balik. Aku yakin ini adalah salah satu usaha memartabatkan bahasa Malaysia oleh insan macho bernama Moja. Oh yeah.

Esok raya.
Esok raya.
Esok raya.

Ye. Esok raya. Aku excited dan secara jujurnya aku dah telan 1/4 batang lemang agaknya. Maklumlah, puasa hari ni. Perut dah makin bulat macam perempuan mengandung. Bila tengok "The Biggest Loser" (walaupun aku tak suka tajuk tu), aku rasa bersemangat nak kuruskan badan. Mungkin bila balik Shah Alam nanti.

Orang gila je diet kat rumah.

Okay, okay. Sebenarnya aku dah tak tahu nak cakap apa. Tapi aku pasti yang aku dah bosan duduk kat rumah. Aku nak balik Shah Alam, buat bajet sibuk dan kena marah dengan Datin. Dekat rumah kena marah jugak, tapi lagi hard-core - dengan Datin Rokiah. (aku harap Mak tak jumpa ni).

Ahad ni pergi kenduri kahwin kawan aku. Ye, kami sebaya! Aku?? kekasih hati pun belum jumpa. Aku harap, Tuhan simpan dia elok-elok untuk aku nanti. Bila kami kahwin, aku nak dating puas-puas kasi satu dunia mual dengan public display of affection kami nanti! Oh aku dah plan nama anak-anak aku jugak. Salah kan Izza, Tatie dan Nad yang memulakan perbincangan sia-sia ini waktu dalam kereta. Oh aku sayang kawan-kawan aku yang gila! (Tatie, bila mau balik dari Ostrelia?)

Aku dah mula rancang sikit-sikit kerja aku bila dah grad nanti. Astro Oasis, Tabung Haji atau KLIA atau MAS. Kalau boleh nak duduk dekat Putrajaya sebab tempat tu AWESOME. Sesuai untuk jalan-jalan waktu petang...



...sambil bawak anjing. Woof!



[KorbanBlog]

~ ~



Esok hari raya.

Esok kena solat Jumaat DAN solat Raya.


(it's a double-celebration, isn't it?)















p/s: ini adalah cubaan untuk kembali mem-blogging.



[YasminAhmad'sFilms]

~ ~




Matahari Books & Sunway University College
with the association of MERCY Malaysia
present the launch of the book

YASMIN AHMAD'S FILMS
by Amir Muhammad

If you'd like to be the first to get your hands on this book, do come along :-)
After this, the book will also have launch events in Seoul, Jakarta, Paris and Singapore.

Synopsis:

Yasmin Ahmad left a vibrant legacy, and it is still strange to talk about her in the past tense.
In order to deal with his grief, Amir Muhammad, fellow Malaysian filmmaker and friend, watched anew her six feature-length films (RABUN, SEPET, GUBRA, MUKHSIN, MUALLAF and TALENTIME), as well as several of her most popular commercials. Neither an obituary nor a conventional work of film criticism, this book was written just a month after her funeral and is Amir's personal look at the stories, but with quite a few tangents of his own.
Chatty and informative, YASMIN AHMAD'S FILMS can be devoured not only by established fans but newcomers to her work. It is also a tribute to one of Malaysia's most amazing daughters.
All the writer's royalties from the first edition will be donated to the MERCY- Yasmin Ahmad Fund for Children.

Pages: 248 (including 24 pages of colour photos)
ISBN: 9789834484521
Price: RM30


More info visit Amir's blog here.


[SabtuAhad]

~ ~


Semalam aku jumpa Fazura. Saja datang tengok dia borak-borak. Maya Karin pon ada sekali. Dua wanita seksi, seorang lelaki yang suam-suam kuku hensemnya. (aku lah tu)


Hari ni bangun pagi pukul sepuluh setengah. Subuh tergadai lagi. Mak telefon tanya nak duit lebih tak minggu ni? Rasa segan gila. Tapi aku mintak jugak lebih. Gila betul lah. Sebulan aku dapat around RM500, bila mintak lebih dapat lah aaround RM600. Apa aku buat dengan duit tu? Aku pon tak tahu. Macam air longkang je duit mengalir. Salahkan ekonomi dunia.


Aku innocent.


Semalam aku rasa down sikit. Tiba-tiba rasa nak ada gf. Gila bodoh punya rasa. Tapi bila bangun pagi ni, aku rasa "Hey. I'm just fine". Aku dah agak dah. Aku dah faham benar dengan hati aku, hangat-hangat tahi anjing je. Rasa gedik je lebih kadang-kadang. Nasib la sapa jadi gf aku nanti.


Semalam birthday kawan aku, Ban. Kalau aku nak taip pasal Ban, satu malam pon tak habis. Aku harap apa pun cita-cita dia, Allah makbulkan. Semoga dia bertemu dengan orang yang indah-indah, yang baik-baik. Bukan macam aku.


Sekarang pukul 1:35 pm. Aku baru baham seketul karipap IKEA yang aku angkut semalam. Dah minum secawan besar Milo. Main-main Facebook, sembang-sembang dengan Dila Raden atau Cik Durian. Aku terlepas tengok AKAR. Padahal dekat tasik Shah Alam je dorang buat. Tiba-tiba Cik Dila taip, "RANTAI insyallah pergi dan insyallah baca kau nak baca? aku pergi kasi nama kau kat akim nak tak?"


Oh. Sampai sekarang aku tersenyum.


Jadi tak jadi itu lain cerita. Tapi bila ada orang tanya macam ni, rasa bersyukur. Sebab dalam ribuan orang nak cuba naik pentas dan baca, Tuhan kasi aku peluang baca. Dan terima kasih Mak, kerana ajar aku baca waktu umur 4 tahun.



Terima kasih, Tuhan.





[7/11]

~ ~


I miss us being bestfriends. You always had my back and you're the nicest guy I've ever met. But until that day, we had to go separate ways to understand ourselves better. Be good and Happy Birthday.



[But heck]

~ ~


It's nice to see you being more independent now. But heck, I think I miss the clingy you that used to text me every 5 minutes.

Remember when you cried so hard and kicked everything around you? On that very moment I knew that you really need me the most.

... and that is the best moment of my life.


[Empty]

~ ~


I really have no idea what to write but I feel like I want to write something. I think there's something missing in my life now. You know, you don't really know how to describe it, but you know that your heart is trying to tell you something. You're neither really in a state of euphoria nor suicidal madness. It's empty. Empty.

... and I fucking hate this feeling. It makes me feel weak.