Up | Down

 

[Sial]

~ ~

Terkadang, tiba masa untuk berfikir hinggap dalam kepala. Masa dulu, Masa sekarang, Masa depan. Aku suka berfikir, tapi biasanya kalau berfikir dalam-dalam, akan tiba saat hati rasa runtun. Sedih.


Banyak lagi belum di buat.

Banyak lagi perlu dibuktikan.


Kehidupan yang ranum dengan ujian. Mana letak pegangan dan prinsip, mana letak akal dan Tuhan. Ada masanya, Ingin saja aku lepaskan tanggungjawab, berhenti berfikir dan terus saja berjalan. Pedulikan masa depan! Tuhan bisa bagi rezeki pada cacing meski dalam tanah nun jauh dalam perut bumi. Mati itu fitrah insani, urusan Dia. Kenapa harus peduli?


Tatap muka jam dalam-dalam.

Resah. Benci. Harap.


Bias cahaya syurga sampai silau mata. Mahu sahaja lompat tinggi-tinggi, gapai Tuhan, menjolok bintang syurga. Tapi di atas pundakku, berat beban digalas. Tak mungkin boleh ku lepas untuk lari sendiri. Hidup bukan seorang. Ada emak. Ada abah. Ada kak long. Ada adik.


Usah risau,sial.

Hati ini tak mungkin jadi pasir.


3 comments:

Liyana Hanim said...

omg..lame gilerr ko xblog!!

Moja Amin said...

Liyana,

yeah. and now I extremely need its therapy, you know. :D

izza izelan said...

weh aku dah lama xbuka blog ko!! and wowh! lama gak xkomen!! hahaha. ok so nway, yep i truly understand what u mean with this post..

but you know, so far you've done pretty well! and kdg2 rasa agak "sial" gak la!! ahaha.

Post a Comment