Up | Down

 

[Sisi Lain]

~ ~


Sudah lama rasanya tak menulis. Bukan malas, cuma tiada idea. Tapi, tak mahu biar blog ini terus sunyi macam penulisnya dah mati.


Kehidupan selepas SIFE Competition rasa lain amat. Masih menyesuaikan diri untuk kembali giat membaca novel seperti dulu, mengemas rumah sewa seperti dulu, dan bersosial seperti dulu. Sepanjang jangka masa itu juga, diri ini kenal beberapa kawan/teman baru yang membuatkan kepala ini pusing berfikir tentang masa depan dan matlamat hidup.


"Lagi 5 tahun, kau jadi apa?"


Tersekat jawapan dikerongkong. Rasa mahu demam bila fikir dalam-dalam. Apa impian aku yang sebenar, dan destinasi mana yang aku tuju? Tak tahu.


Biarlah dulu.


Jadi Presiden Ethos! Kadang-kadang rasa belum bersedia, belum layak. Tapi bila fikir-fikir, bila lagi nak bersedia kalau bukan sekarang? Kalau 'screw-up' pun, peringkat universiti saja. Bukan kementerian dalam negara. Bila berada di'atas', baru rasa susah dan risau. Dulu, masa di'bawah', mulut ini memang ringan hendak mengomen dan mengomel. Cakap lagi senang dari buat. Betul, betul.


Sekarang berada di kampung halaman. Ada abah, mak, kak long, adik. Rasa lengkap. Rasa lega. Tapi, otak masih harus berfikir.


Fikir masa depan. Fikir cita-cita.






p/s: Selamat berpuasa semua!


2 comments:

irmaain said...

mojaja ,

awak yang pakai cermin mata pandang langit ke apa tu ke?

Moja Amin said...

Irmama,

Saya lelaki yang sedang bergelak itu. saya tak pakai cermin mata.

Post a Comment