Up | Down

 

[Jews/Zionists]

~ ~

Dalam keghairahan umat Islam (dan juga bukan Islam) di Malaysia berdemonstrasi dan melakukan pelbagai rapat umum serta kempen untuk menyelamatkan Palestin, saya lihat ada sesuatu yang tidak kena dan bermain di medulla oblongata saya. Dan akhirnya bila terkena pada batang hidung sendiri, rasa mula ingin mengukuhkan hujah serta memberi sedikit maklumat di sini.

Situasi: Saya meletakkan gambar seorang Yahudi anti-zionis orthodox yang berdemonstrasi di Trafalgar Square, London sebagai ‘display picture’ pada paparan Yahoo Messenger sejak tercetusnya perang dan ‘occupation’ pergerakan Zionis masuk ke dalam Semenanjung Gaza. Dan beberapa reaksi negatif mulai muncul.


Dia: Weh, xde gambar lain ke nak letak? Tu Jew kan? Sheesh.
Saya: Yeps. He’s a Jew, but he’s against the occupation, though.
Dia: Yahudi tetap Yahudi.
Saya: Tahu apa itu Satmar? Neturei Karta?
Dia: Tak. Ape tuh?
Saya: Sila buat homework, ya? Cuma ‘google’ saja.

 

Dalam kelantangan kita membenci pencerobohan tentera Israel yang menabrak Semenanjung Gaza, saya rasa sebahagian dari kita lupa justifikasi keadilan yang sememangnya terpahat didada Al-Quran. Slogan yang biasa kita dengar; Jahanam Yahudi! Yahudi Laknatullah!bergema disetiap kempen, demonstrasi, rapat umum, dan sebagainya. Namun;

1.     Yahudi adalah nama satu bangsa, dan agama monotheism yang berdoktrinkan atau berpercayakan satu tuhan. Manakala, Zionis adalah satu pergerakan POLITIK Yahudi yang menghalalkan pencerobohan ke atas tanah rakyat Palestin.

2.     Bukan semua Yahudi menyokong pergerakan Zionism; contohnya Satmar dan Neturei Karta yang jelas lagi bersuluh menentang pertumpahan darah di Semenanjung Gaza. Mereka percaya bahawa gerakan ini sama sekali bertentangan dengan apa yang tertulis dalam kitab Torah. (Wikipedia: SatmarNeturei Karta)

Kesimpulannya, menggolongkan bangsa Yahudi itu sebagai sama dengan pergerakan Zionis sangatlah tidak adil. Namun kadang-kadang kita lupa, cepat melatah dan bertindak membabi-buta tanpa membuat sebarang pembacaan terhadap isu ini. Bercakap dan bertindak mesti berdasarkan bukti, bukan ikut hati. Jangan disebabkan kedangkalan diri, membiarkan agama kita dicemuh nanti. 


p/s: Bayangkan anda seorang yahudi yang menentang gerakan Zionis, tapi masyarakat menglabelkan anda sebagai pembunuh yang melakukan ‘genocide’. Apa perasaan anda?

p/ss: Saya bukan seorang liberalis. Sebarang ketidakpuasan hati, amat dialu-alu kan.

 

0 comments:

Post a Comment