Up | Down

 

+ Snippet

~ ~


ما زنده به آنيم كه آرام نگيريم
موجيم كه آسودگي ما عدم ماست



We are alive because of not to stay,
We are waves, so our stagnation is our death!

- Saeb-e-Tabrizi



     2008 sudah hampir tiba kepenghujungnya. Saya kini mengira hari-hari yang tersisa sebelum pulang ke kampung halaman mungkin beberapa hari sahaja lagi. Banyak aktiviti yang akan diusahakan sewaktu cuti ini! Dan perkara yang paling tidak sabar dan membuatkan saya sedikit tidak keruan adalah kehadiran Sheikh Yusuf Estes tidak lama lagi. Aduh... rasanya seperti menantikan Britney Spears yang datang dari Tinseltown! Haa.. terlepas kata tentang Britney Spears, ada kawan-kawan dan pengunjung blog saya yang menegur bahawa blog saya kelihatan kurang... hmm.. ilmiah kebelakangan ini. Maaf saya pohon, terutamanya kepada mana-mana pihak yang terasa dengan post saya yang lalu; [Dogs]. Terlampau emosional, saya akui. Mana tidaknya, kepala ini sesak lagi sendat dengan subjek psychology dan buku yang terakhir saya baca adalah bulan lalu. Surat khabar jangan harap untuk dipegang. Majalah pula hanyalah Galaxie. Movie pula, Sex and The City, yang saya sudah tonton buat buat kali ketiga. Patutlah terpasung minda ini. Ish.


 


 


P.S: Saya juga sedang menilai-nilai untuk berpindah ke casa (rumah) yang baru; blog maksud saya. Mungkin. Kita tunggu dan lihat sahaja, sebab bukan senang mahu memindahkan segala posts dan mengheret segala memori yang saya kongsi selama hampir 1 1/2 tahun ini. 


Selamat Bercuti!

11 comments:

Anonymous said...

ish...
buat ape nk pndh?
syglaaa :)

Anonymous said...

moja!!!
ive been thinking of moving too!!

i dont like the smileys here in wordpress.
tak comel.
and i hate it when buat poem takleh nak bagi dia ada space between stanzas tu!
and i want the blog updates kat sebelah ni!!

tapi wordpress takleh export kan?
tu yg sayang tu.
camna aa?
kalau dah reti tolong ajarkan okeh!

Anonymous said...

oh i tgk my fren nye kat live journal cantik :D saje nk ckp hehe. xyahla nk pindah. dah ok dah kat sini. azie, u pun. :))

Anonymous said...

xper moja.MOVE ON!!!haha
jgn lupe cuti nih carik keje & jgn lupe keje kite lg 2 weeks!!!!
mari buat duit byk2!!!muahaha

Anonymous said...

Wanie,

Hehehe. Saya pon sayang.
Tapi ade legitimate reasons of why I'm thinking about moving. Xpe2.
Hehehe

Anonymous said...

Nash,

Owh. I xbrape minat livejournal. Hehehe. Xpe2.. xsure lagik!

:P

Anonymous said...

Azie,

Hahahaha.
Haah. Susah nak export n rasenye xboleh pon.
:D
hAPPY HOLS!

Anonymous said...

Liyana,

Okehhh!!
Happy Hols to u too!
mari buat duet!

Anonymous said...

Tolonglah jangan pindah.

Anonymous said...

ykajane,

Aiyak.. Jane..Bukan nak berhenti blog! Hahaha.
:D

bdw, Selamat Bercuti!!

Anonymous said...

my college isnt having holidays
grrrrr
baru start first set of tests
double grrrrr
haha
btw happy hols to you :D

Post a Comment