Up | Down

 

[AnektodBudakKampung]

~ ~

 


Anektod  Budak Kampung 4: Sungai, Mesin Basuh dan Anak Cikgu Disiplin


Sudah lama rasanya tidak pulang kekampung halaman. Jika pulang pun, tidak lagi seperti dahulu. Sungainya kian cetek, hutan-hutan makin kurang bilangannya. Pemergian saya tempoh hari ke FRIM di Selayang membuatkan diri ini melayang-layang kembali semasa di kampung.


Kampung saya banyak sungai. Walaupun saya kerapkali bermandi manda disana sambil melihat anak-anak dara atau makcik-makcik tua sedang membasuh baju keluarga, saya rasakan saya masih belum mampu berenang. Entah kenapa. Seronok bila disungai, banyak aktiviti-aktiviti luar fikiran boleh dijalankan. Paling seronok bila mandi di pagi hari. Brrr…. Sejuknya memeluk tulang! Dikala itu 2/3 makcik akan turut ke sungai untuk membasuh. Sebuah papan khas dibina seakan-akan jeti untuk kerja-kerja membasuh baju. Saya pernah bertanya, “Makcik! Makcik ada mesin basuh macam dirumah saya, kenapa tak guna?”. Makcik dengan selamba menjawab, “Jimat elektrik, nak..


"Oooo" Saya terlopong. Dan kembali menyelam.


Dulu, saya seorang pengawas sekolah. Dari darjah dua hingga darjah enam. Saya berkawan baik dengan seorang lagi pengawas, Faez Iftiqar namanya. Abang nya, Hafez Iftiqar, bakal doktor dan penulis yang saya segani. Faez adalah anak Cikgu Termizi, Guru Disiplin saya paling gerun waktu persekolahan dulu. Sekali dijerkahnya, bisa terkencing! Cikgu Termizi juga seorang guru yang bertanggungjawab terhadap pelajar OKU. Dan, kelas OKU lah yang paling cantik dan mewah. Ada skateboard, ada meja dan kerusi warna-warni, ada peti ais yang dalamnya, tersusun air botol berkarbonat yang amat meruntun jiwa. Saya dan Faez kerapkali menyeludup masuk kesana dan menikmati kemewahan kelas OKU tika mereka tiada. Air berkarbonat mereka dalam peti ais pun, kami minum. Sehingga satu hari kami terkantoi dengan bapanya. Mungkin sebab Faez anaknya, dan saya pengawas, hukuman keatas kami terlepas.


Berpeluh dahi.


p/s: Anektod 3,2, dan 1 adalah anektod dahulu. Dipost semula kerana penulis berasa homesick.



 


Anektod Budak Kampung 3: Banjir itu Indah


Tiada yang lebih menyeronokkan dari musim tengkujuh bagi saya dan sepupu-sepupuku. Biasanya apabila musim ini tiba, kami bersiap-sedia dengan rakit dan pelampung. ‘Google’ murah yang di kedai runcit ‘makcik Jah’ berhampiran bagaikan pisang goreng panas. Didalam kekecohan dan kerisauan emak dan abah kami mengalihkan barang-barang berharga ke atas rumah, kami juga sibuk mengepam pelampung, mengikat anak-anak pisang untuk dibuat rakit. Amat meriah!


Banjir itu indah. Dikampung saya, Alhamdulillah, tidak pernak banjir meragut nyawa penduduknya. Mungkin hanya ayam, lembu atau kambing yang tidak bernasib baik diragut nyawanya oleh Allah. Sebaik sahaja air melimpahi benteng dan tebing sungai, ‘pesta’ kami pun bermula! Biasanya ianya akan berakhir apabila jeritan emak saya memanggil pulang kerana kerisauan atau dentuman halilintar deselang dengan panahan petir yang membuatkan kami terdiam dan terkontang-kanting lari kerumah masing-masing. Faktor terakhir yang bisa membolehkan kami pulang dan berhenti bermain ialah apabila salah seorang dari kami ditarik atau di’piat’ telinga oleh ibunya atau libasan rotan berbisa ayah saya. Pedih.


Itulah zaman indah kanak-kanak. Tak perlu fikir panjang-panjang dan dalam-dalam. Tak macam sekarang, perogol dan pencabul dimerata-rata tempat. Tiba-tiba saya terkenangkan Adik Sharlinie. Dimana agaknya anda? Saya mendoakan anda bisa pulang kepangkuan keluarga yang merindui anda. InsyaAllah.


Anektod Budak Kampung 2: Sungai, Ular dan itu Tahi


Rumah tinggalan arwah Tok Rasdi terdapat sebatang sungai dibelakangnya. Jaraknya seperlaung cuma dari dapur emak saya menyediakan masakan setiap hari. Di sungai itulah saya dan sepupu-sepupu yang sebaya bermain dan berendam sehingga demam dibuatnya. Pada satu hari, tandas yang saya panggil jamban dirumah rosak. Jadi, emak menyuruh saya melepaskan sahaja hajatku disungai itu. Saya tidak suka bila disuruh kesungai kerana saya risau dilihat orang dan juga kerana kadang-kadang sedang enak kami bermandi–manda, kelihatan benda asing berwarna kuning terapung-apung dari hulu sungai. Ya, itu tahi. Berlari-lari kami naik ke darat kerana kegelian sambil menyumpah seranah sesiapa yang bertanggungjawab atas ‘pencemaran’ itu. Menyambung kembali misi melepaskan hajat, saya terpaksa meredah semak sambil melaung kearah emak yang berjanji untuk melihat saya dari jauh.


Mak, tengok laa Lee. Takut ada babi!” teriakku yang berhenti seketika ditengah-tengah semak untuk memastikan ibuku sentiasa melihat. Tiba-tiba saya terasa sesuatu sedang bergerak dikaki saya. Alangkah terkejutnya bila melihat seekor ular kecil sedang berada tepat di buku lali saya dan lidahnya yang bercabang itu jelas kelihatan terjelir-jelir.  Mak, ulaaaaarr!” saya menjerit dan memecut berlari kembali kerumah. Kerana hakikatnya, besar atau kecil, ular tetap ular. Menurut emak, saya demam beberapa hari dan hanya melepaskan hajat keesokan harinya.


 Mungkin ular itu hanya ingin berkawan.



 


Anektod Budak Kampung 1Ulu Kenderong, Tok Rasdi dan Lembu


Saya masih ingat bila saya menetap di kampung kelahiran Emak saya, Kampung Ulu Kenderong di Gerik, Perak. Saya tinggal dirumah papan bercampur simen warisan arwah datuk saya Allahyarham Rasdi yang saya tidak pernah sempat melihat wajahnya. Gambarnya juga tiada. Penduduk kampung memang kenal benar akan Datuk saya. “Oh, mu cucu Tok Rasdi ko? Beso dah cucu dio ni ha, ado muko dio sikit-sikit” kata warga-warga tua dikampung yang terlopong bila melihat saya. Terkenal dengan ketegasan dan kegarangannya, Tok Rasdi adalah ketua kampung yang amat disegani. Tok Rasdi, cucu mu bangga akan mu! Semoga roh-mu dicucuri rahmat.


Saya rindukan suasana kampung yang begitu mendamaikan. Dengan tahi lembu berterabur diatas jalanraya, itu tidak pernah menjadi masalah kepada penduduknya. Kelibat kambing dan lembu mudah dilihat merata-rata. Ayam daan itik pula tak usah dikira banyaknya. Jika anda bernasib baik, keluarga babi hutan melintas boleh dilihat juga.


Lembu ada tanduk! Lembu ada tanduk! Lariii!” teriak kami apabila melihat kelibat lembu jantan yang gagah perkasa dan kelihatan bisa menanduk, memijak, melenyek dan meratah kami hidup-hidup.


Saya benci akan lembu dahulu. Terutamanya yang mempunyai tanduk dan kelihatan besar dan garang. Orang tua-tua kata, jangan pakai baju berwarna merah, risau kalau ditanduk. Jadi, bila saya dan kawan-kawan pulang dari bermain disungai, saya akan menyelit dicelah rakan-rakan, walaupun tidak memakai baju merah. Kadang-kadang saya dan membaling batu kearah lembu-lembu yang tidak berdosa, tanda protes atas kehadirannya. Hakikatnya, lembu itu tidak pernah menanduk sesiapa. Kasihan lembu. Maafkan saya lembu jika lebam dan sakit badanmu. Tapi mungkin anda telah menjadi korban AidilAdha dikampungku. Berkorban untuk manusia. Sungguh mulia dari diriku, manusia yang hina. 



10 comments:

Anonymous said...

cheer up okay!!
there's always a blessing in disguise
not seeing u smiling just made my day worst...
CHEER UP!! :D
*hugs*

Anonymous said...

Tajul,

Sangat meaningful kata-kata anda pada Moja itu..

Ehem ehem..

Moja,

Cheer up..

Trust me, all this waiting is worth the while..

You're gonna have so much fun when you go back this Raya break..

Don't stress out ok?

Btw, saya sedang bersiap untuk pulang ke kampung..

Anda mahu ikut?

:-)

Anonymous said...

Aimi,

Hahahahaha!! :)
Kata-kata anda membuatkan aku lagi homesiccccckkkkkkkkkkkkkkkk!!!

:(

Anonymous said...

emomotamus,

Hahahaha! I have 10,000 megawatt smile I think!
:P

Anonymous said...

Eh,

Jangan la..

Serba salah lak aku..

Hurm :-(

Anonymous said...

Aimi,

Hahahaha.Kiddin'
:P

Anonymous said...

omg!ko cilok air bdak2 OKU..ish2..haha
aq pon pengawas gaks dlu tp start dr darjah3 ..giler awl ko start dr darjah 2??

Anonymous said...

Liyana,

Ak kan charismatic...
Hahahahahaha!

:P

Anonymous said...

awal nye jadik pengawas. beli cikgu ke ape? hahaha.

tpi kan,kelas budak khas sll istimewa kan? jeles tau.
klu byk sgt kemudahan,cmna dorg nk berdikari. *nada jeles ada lgi okkkk!!*

Anonymous said...

Irma,

Hahahahahahaha!!!
Xbaek jeles!!!
:P

Post a Comment