Up | Down

 

[AnektodBudakKampung]

~ ~

 



Anektod Budak Kampung 3: Banjir itu Indah


Tiada yang lebih menyeronokkan dari musim tengkujuh bagi saya dan sepupu-sepupuku. Biasanya apabila musim ini tiba, kami bersiap-sedia dengan rakit dan pelampung. ‘Google’ murah yang di kedai runcit ‘makcik Jah’ berhampiran bagaikan pisang goreng panas. Didalam kekecohan dan kerisauan emak dan abah kami mengalihkan barang-barang berharga ke atas rumah, kami juga sibuk mengepam pelampung, mengikat anak-anak pisang untuk dibuat rakit. Amat meriah!


Banjir itu indah. Dikampung saya, Alhamdulillah, tidak pernak banjir meragut nyawa penduduknya. Mungkin hanya ayam, lembu atau kambing yang tidak bernasib baik diragut nyawanya oleh Allah. Sebaik sahaja air melimpahi benteng dan tebing sungai, ‘pesta’ kami pun bermula! Biasanya ianya akan berakhir apabila jeritan emak saya memanggil pulang kerana kerisauan atau dentuman halilintar deselang dengan panahan petir yang membuatkan kami terdiam dan terkontang-kanting lari kerumah masing-masing. Faktor terakhir yang bisa membolehkan kami pulang dan berhenti bermain ialah apabila salah seorang dari kami ditarik atau di’piat’ telinga oleh ibunya atau libasan rotan berbisa ayah saya. Pedih.


Itulah zaman indah kanak-kanak. Tak perlu fikir panjang-panjang dan dalam-dalam. Tak macam sekarang, perogol dan pencabul dimerata-rata tempat. Tiba-tiba saya terkenangkan Adik Sharlinie. Dimana agaknya anda? Saya mendoakan anda bisa pulang kepangkuan keluarga yang merindui anda. InsyaAllah.



4 comments:

Anonymous said...

adik sharlinie. xtau dimana.
but aritu,sy ada join jd sukarelawan utk program cri dia.
sy smngat la bg idea yg pic dia tu kita edit.
i mean bt kpla botak ke,rmbt pjg ke or pic yg kpla dia tegak so lgi senang nk cam. well,p'jahat bkn dodoh kan nk kekalkan mka sharlinie cmtu.tpi kn tolak mntah2.

alasan m'jga perasaan apa ntah klu edit2 ni. mcm bodo.

tpi kan,msa bnjir dkt my kg my arwah aki bt jmbtan. sbb pgr n umah jauh. mu uncle sorg yg big size tau n jmbtn tu dia xleh seberang. so kn harung air.

wa,pnjgnya! kamu la ni bw sy ingat crita kanak2. haha.:D

Anonymous said...

Irma,

Aehahaha. Ape salahnya ingat2 balik zaman dulu? Rasa best dan xbanyak masalah. Hahahaha.. Main banir laa best! Thrill! :P

Hurm...Kita boleh doakan je lah. Usaha dan ikhtiar pon sudah. :(

Anonymous said...

penah maen bnjr klt jek...

huhuhu...

Anonymous said...

Wanie,

Lol. Banjir Itu Indah!

Post a Comment