Up | Down

 

[AkuDarahMelayu]

~ ~


“Melayu perlu kuat”. Itu yang terpampang didada akhbar Mingguan Malaysia hari ini. Titah Raja Muda Perak yang menyeru bangsa Melayu untuk bersatu dan tidak rakus amat menyentuh perasaan saya. Dulu sebelum segala peristiwa PRU 12 yang dimana kekalahan teruk Barisan Nasional, saya acap kali terfikir; “Apa gunanya Sultan dan kerabat diraja pada masyarakat? Sekadar menghabiskan wang cukai negeri sahajakah?” Namun kini, jelas saya telah mendapat jawapannya. Memang benar, Sultan itu benteng terakhir bangsa Melayu.


Titah baginda, “Anak bangsa yang telah Berjaya, janganlah berperangai seperti Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung”.


Apa yang dititahkan baginda sedikit sebanyak membuatkan saya berfikir akan hala-tuju hidup serta identiti diri. Islamkah aku? Melayukah aku? Dikala permasalahan politik negara yang kian meruncing dan kenaikan petrol yang melambung tinggi, apa yang telahku sumbangkan untuk merawat luka tanah tumpah darah ku? Sekadar menjadi Pak Kaduk, hanya bersorak dari kejauhan? Atau menjadi Pandir yang hanyut dengan khayalan?


Bila saya soroti berita didada akhbar yang lain, titah Sultan Johor, Sultan Iskandar yang berikrar untuk mendapatkan kembali kedaulatan Pulau Batu Putih walau berapa lama masa yang diambil , tambah menginsafkan saya. Bukan seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang dulu menegaskan bahawa, terima sahaja keputusan itu, ini adalah win-win situation. Singapura mendapat Pulau Batu Putih, kita hanya redha dengan Middle Rocks atau Batuan Tengah yang tenggelam timbul bila air pasang. Sedih. Itulah politik koboi seorang ahli politik.


Seorang Sultan dan seorang Raja Muda telah memulakan langkah. Mencemar duli dan berpencak diarena politik untuk menyelamatkan Negara. Aku berdarah Melayu. Anda berdarah Melayu. Anda dan saya punya keris, bunga seni silat turun-temurun, bersediakah untuk turun kegelanggang? Tepuklah dada.


Mari bersilat!


********



Petikan ‘Negeri Ini, Anak’ yang ditulis oleh Marsli NO.

Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandangan

yang telah melahirkan ribuan pahlawan.

Rela memilih terbuang dari berputih mata,

kerana baginya, mati itu cuma sekali dan

tidak harus sia-sia.

Mereka tidak rela ini negeri tercinta

jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama.

Meski darah dan tulang jadi gantian.
-Marsli NO-

2 comments:

Anonymous said...

hebat entry ni! :P

Anonymous said...

Hebat?
Aehehaha. Tq.. lol
:)

Post a Comment